Hehehe, love in Kuantan ka? Takla...aku ada kursus di sini. Asalnya tak mau pergi, tapi dah tibanya waktu kursus best lak ya gkursus nih. Kursus pa lak time2 cuti ni??
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat yang beragama Islam. Besnya dapat beraya bersama-sama dengan keluarga tercinta di Kota Bharu ini. Kemeriahan hari raya Aidil Adha tahun ini kembali ceria!! Hehehe...
Erm, tahun ni korban lagi...melantak daging lagi la jawabnya....
Hari Jumaat 20 November 2009 merupakan hari terakhir aku memegang jawatan sebagai guru kelas HL2 bermula dari tahun 2008 permulaan dengan 4HL2, diakhiri dengan 5HL2 bagi tahun 2009. Pelbagai suka duka telah aku harungi bersama-sama dengan pelajar-pelajar ni semua. Mungkin kenangan terindah bersama mereka ini tidak akan berulang kembali. Ini mungkin kelas pertama dan terakhir aku pegang di SMTLD ini.
hero-hero bunga..hik3.
Sayangnya aku dengan kelas 5HL2 ni, mana taknya..majoriti pelajar di dalam kelas aku ni sangat bagus dalam kerjasama dan aku sentiasa terhibur apabila berada di sekolah disebabkan dorang sumer. Mudah urusanku semasa adanya pelajar-pelajar ini.
Ni time amali mencari orkid liar..dalam kebun sawit pergi cari.
Sekarang ni, aku rasa sangat layu, lemah dan kaku semangatku untuk meneruskan perjaungan sebagai seorang guru di SMTLD kerana penghibur-penghiburku di kelas ini telah tiada. Aduh, sedihnya aku..suka duka kami bersama selama 2 tahun di SMTLD terpalit kenangan yang begitu indah di sini.
Ni prepare untuk menjalankan kerja kursus menanam rumput turf.
Aku tanamkan rasa kecintaan sesama mereka seperti sebuah keluarga dalam satu kelas, sikap bantu membantu sesama mereka dan pelajar lain, sikap rasa cinta untuk belajar dan aku naikkan imej kelas vokasional ke satu tahap yang disegani di SMTLD ini.
Photo Frame dengan Hayati, Juli, n Johan.
Hubungan aku bukan lagi sebagai seorang guru dengan pelajar, malah kami ibarat hubungan abang dengan adik..malah lebih erat lagi bagai bapa dengan anak-anak. (Wahh..mudanya bapa!)
Ni time sambutan hari guru kelas aku, dorang kumpul duit n beli kek tuk aku.
Kelas 4HL2 2008 dan 5HL2 2009 akan tetap menjadi ingatan di dalam hatiku buat selama-lamanya. Sedihnya...selamat berpisah kita semua dan cikgu doakan kalian semua berjaya meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing selepas 2 tahun pengajian di SMTLD yang begitu indah ini.
Kenangan semasa lawatan 4HL2 ke Sandakan.
Cikgu sayang kalian semua.
Ni antara kenangan terbaikkk kita, berbelakangkan gunung Kinabalu.
Semoga kenangan yang manis ini boleh "bermula semula" walaupun mungkin ia agak mustahil untuk kita kecapi kembali...
Jamuan perpisahan yang diaturkan oleh aku untuk pelajar-pelajar seliaanku selama 2 tahun iaitu pelajar tingkatan 5 Hortikultur Hiasan dan Landskap 2 atau lebih dikenali di Sek. Men. Teknik Lahad Datu (SMTLD) dengan nama 5HL2. Jamuan ini aku adakan di KFC, biarlah keluar bajet sedikit..yang penting, mungkin ini kali terkhir aku dapat mengeluarkan belanja untuk mereka.
Meh aku kenalkan dorang sumer k,
Dari kiri depan,Saddam, Rasman kiri belakang, fazroy dan sebelah aku Hamad Rossie.
Aik, Hamad Rossie bersembunyi lak??
Gadis rebutan, Hayati sebelah aku, Ain di sebelah Hayati dan Nas di depan Ain.
Nas, pandang cket lar?
Nih, lagi dekat...dari kiri Ain, Nasrinah dan Anis.
Hi, syoknya minum Nasrinah??
Si Sihat, Fareed...dan Rio di sebelahnya. Sambil Eri memandang di hadapan...haha
Cukup ka jugak tu Fareed? Hik3..
Ini pula jejaka idaman di 5HL2, Johan di sebelahku dan Joshua. Johannnn...hehehe, kuat merajuk budak ni ngan aku. Takpa, lepas ni takdak da orang nak merajuk ngan aku.
Eeee..tengok tu, happynya Johan!
Si Gedik 2 orang ni...Nurul di sebelahku dan Anis berbaju pink. Bila nak bayar hutang?? Hik3...
Hai, mulut-mulut murai di 5HL2..sama naik 2 org nih!
hai, ni sorang lagi yang manja ama aku, Said. Aku n familil dia umpama famili angkatku di Sabah udah..jadi Said? Kita adik beradik angkat la kan? Wawawa..
Alala..nak suap2 pulak, layan jelah.
Dua orang ni asyik sembunyi-sembunyi jak...Ayundin tengah makan dan Husain
Da habis makan ke Husain?
Ni sebenarnya nak tunjuk ketua tingkatan 5HL2..si Jupri yang berketayap tu. Sambil didepannya di Fareed yang sihat. Haslinah di sebelahku...
Aksi kekenyangan ke?
Hurm, Rahmat yang bertopi tu bersama-sama pemandu bus sekolah kami yang sporting...Pakcik Guding. Steady Pakcik, taun depan kita p Brunei k??
Kasiann pakcik, aku sibuk melayan budak2...
Ni merupakan gadis-gadis dari 5HL2 dan 5PL2. Dari kiri, Yulee, Sarina, Nurazisa, Kafiana dan Jennytha.
Hi, Ayunya Nurazisa di tengah-tengah!
Ni pula speacial appearance tuk malam tu, dorang nni bukan dari kelas 5HL2, tapi aku bawakkan dorang ni sebab dorang ni baik betul ama aku. Ni Hairi...doeeee...sebelahnya Sugi.
Senyum Rie....
Ni Sarina dan Kafiana...bagus bah dorang ni ama aku jg..
Aku secara rasminya ari ini dok di Kota Kinabalu pada 15-19 November ini. Aku pergi ke sini dengan kawan baik yang akan meninggalkan aku, Wan. Yang bestnya, kami pergi secara santai saja...banyak kali menyinggah di mana-mana tempat yang kami rasa sesuai tuk kami merehatkan diri dan meng'on'kan sesuatu. hahaaha...
Ha..nak citer, sekarang ni musim durian di Sabah. Tempat yang paling banyak ada buah ini dan juga buah-buahan lain ialah di ranau. Dulu time kami balik dari menjalani Kursus Biro Tata Negara di Kundasang pun kami telah merasa buah durian. dengan harga RM6 sebijik. Tapi lain pula sekarang. Sebab banyak buah yang ada tuk di makan..RM10 tuk berbijik2...
Sempat lagik berenti makan durian ngan Mat Suwan di Ranau bha!
Kami makan buah durian sampai kami tak jadi untuk makan tengahari di Ranau sebab terlampau kenyang!!! Pas sekejap melalui bandar Ranau..hujan turun menyebabkan kabus yang kuat ya amat! Sampai jalan jadi kurang nampak. Kundasang dan Ranau ni tempat sejuk, jadi lau hujan..paham-paham jelar.
Hi, kabusnya! Sejuk lagi..bengkang bengkong lagi...jem lagi..ish, lagi..lagi panas sakit ati!
Tapi, hujan-hujan pun 1 jam setengah sampai sudah di bandaraya KK. Aku ni bukannya nak pergi sangat ke sini, tapi atas suatu urusan yang tak dapat dielakkan. Menyampoh aku!
Hai, menginap di Kinabalu Daya Hotel. Berapa semalam? RM180. Tapi, bilik hampeh..
Sedar tak sedar, musim haji kini kembali. Teringat tahun lepas ma dan abah pergi ke sna jugak. Tinggal la aku dengan adik aku yang terkial-kial di rumah.
Erm, Ma dan Abah memang terbaikkk la.
Tak sabar nak kelik kampung dan juga beraya haji...meriah raya Aidil Adha aku di kampung. Hehee...tengok!
jangan risau, ia takkan di bawa berarak-arak cam orang politik ntahpapa tu. Wahaha
Inilah acara yang julung-julung dilakukan di SMTLD iaitu perkhemahan Remaja 2009 yang berlangsung di padang SM Teknik Lahad Datu. Perkhemahan yang berlansung selama 3 hari ini adalah untuk mengisi kelapangan masa pelajar-pelajar tingkatan 4.
Ni lah barisan pelajar wakil dari PBSM, pasukan seliaan aku.
Sebanyak 7 kelab dan persatuan beruniform mengambil bahagian dalam acara ini. Setiap pasukan terdiri daripada 15 orang anggota. Mereka semua di tempatkan di dalam khemah masing-masing mengikut kawasan yang telah diberikan kepada mereka.
Haaa..ni cikgunya!
Apapun, aku tengok budak-budak ni begitu bersemangat! Apa tidaknya, program diatur sampai jam 3 pagi! Ndukk..kasian.
Eh, mana cikgu..mana pelajarnya! Sama muda lar...hex3
TAHNIAH la kepada guru yang bertungkus lumus menjayakan program ini, walau dalam kesibukan guru di akhir tahun ni mereka sempat menajayakan program yang julung-julung kali di adakan di SMTLD. Semoga ianya menjadi acara tahunan sekolah untuk masa-masa mendatang OK!
Last time penutup pada hari terakhir, ada pula pertandingan kawad kaki bagi setiap unit beruniform. PBSM cuma mampu untuk mendapat tempat ke-4. Namun begitu, PBSM telah menggondol 3 anugerah lain dengan salah satunya JOHAN untuk pasukan terbaik keseluruhan. tengok beb! Selain mendapat tempat kedua tuk gadjet terbaik dan ketiga bagi persembahan malam muhibah. Yang penting, MC time tu ialah Mr. moFIRE.
Hi, tak puas hati tul tengok gaya permainan pasukan Kelate pada malam final tempoh hari. Aku ni bukan main lagi konfiden announce kt facebook yang Kelate akan menang nanti, tup tap...aku kena hantam balik di situ.
Gaya permainan pasukan Kelantan pada malam itu amat mengecewakan menurut tanggapan sesiapa sahaja penonton pada malam itu. Aksi kurang menyerlah di samping pertahanan yang kurang berkesan. Ha..itu jelah komen aku.
Aku adala rasa sedikit kecewa malam tu sebab Kelantan jarang-jarang dapat menonjolkan diri ke peringkat setinggi Piala Malaysia. Kita pikir posotif jela, mungkin rezeki masih belum. Apa yang ktia harapkan semoga tahun hadapan..The Red Warrior ini kembali menebus maruah yang telah dicalar oleh pasukan Negeri Sembilan. Hahaah...
Namun gitu, aku bagga bab sokongan penyokong Kelantan amatlah meriah! Aku tak pergi ke Stadium Putra pun aku boleh nampak suasananya. Dengan lautan penyokong dan juga sepanduk kelihatan.
Hi, cik Fasha betul ni tau...
Heran aku minah di dalam gambar tu sokong Kelantan? Dia bukan orang Kelantan...apapun, biarlah dia kn? Entah-entah teman dia dari Kelate. Hahahah..