5ruS moFIRE BLOG



Assalamualaikum



Sunday, October 24, 2010
The Red Warrior Ke Final PM 2010!



Logo Kelantan FA.
[Gambar daripada laman web Dunia Bola Sepak]

Ha, ni yang menjadi kebanggaan aku nih...pasukan negeriku menjadi juara dalam tentangan hebat bersama dengan pasukan Kedah. Cukup mencemaskan, namun satu gol berpihak kepada pasukan Negeri Kelantan di mana kemenangan ini membawa pasukan Kelantan ke Final TM Piala Malaysia 2010 menentang Negeri Sembilan buat kali keduanya selepas tahun lalu kedua-dua pasukan ini sama-sama berentap di Bukit Jalil.

Sejarah tahun ini berulang kembali, di mana kedua-dua pasukan ini kembali bertemu dalam merebut kejuaraan bagi tahun ini. Kita lihat pasukan mana yang akan bertahan..apakah ini satu sesi membalas dendam daripada pasukan negeri Kelantan? Apa yang mampu aku katakan ialah, semoga pasukan Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia tahun ini.

Kepada penyokong yang akan menyerang Stadium Bukit Jalil, masing-masing diharap bersabar dan berhemah. Jangan pula kejadian bakar membakar berulang kembali...berikan semangat kepada barisan pemain-pemain kita! Hidup The Red Warrior!


Photobucket

Posted at 01:07 am by 5rus
Make a comment  

Thursday, July 15, 2010
Arjuna

Erm, aku ni bukannya peminat Tomok sangat...tapi, lagu Arjuna ciptaan Edry ni benar-benar menarik perhatian. Tak caya, korang layan ja lagu Arjuna ni...erm, siapa ya suara perempuan dalam lagu ni???



Arjuna memaparkan pengembaraan alam mistik pendekar sakti yang padat dengan aksi pertarungan hebat dan kuasa sakti yang dipersembahkan melalui teknik CGI yang canggih.

Drama ini membariskan pelakon popular tanah air seperti Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Erry Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata dan Komeng.

runut bunyi bagi drama ini adalah karya edry abdul halim (edry KRU) dan di nyanyikan oleh juara one in a million musim ketiga TOMOK.

ARJUNA menemui anda setiap hari isnin 9.00malam,semestinya di TV3.


Photobucket

Posted at 10:33 am by 5rus
Make a comment  

Saturday, July 10, 2010
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TENOM


Salam semua. pada 1-4 Julai 2010, panitia Hortikultur Hiasan dan Landskap SMTLD telah menganjurkan lawatan ke Tenom, Keningau, dan Kota Kinabalu sebagai salah satu rangka program tahunan panitia. 5rus selaku ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelaras segala aktiviti yang dijalankan sepanjang 4 hari di luar kawasan sekolah tersebut. Marilah kita sama-sama membaca laporan yang telah disediakan di bawah ini mengenai lawatan yang telah dianjurkan dengan jayanya pada tahun 2010 ini.


1/Julai/2010

KHAMIS     

Kelas 5 Hortikultur Hiasan Dan Landskap telah membuat lawatan ke Tenom. Bagi memenuhi bilangan penumpang bas sekolah sebilangan pelajar dari kelas 4HL seramai 2 orang dan mentee Cikgu Fairus seramai 5 orang telah dibawa bersama. Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru iaitu En.Fairus, En.Khairul Nizam, En.Tony, Cik Nur Hazilah dan Pn.Aznah telah mengiringi kami sepanjang lawatan ini. Tempat-tempat yang kami lawati ialah Taman Pertanian Sabah, Kilang Kopi Fatt Choy, Muzium Sabah dan Lok Kawi Wildlife Park. Lawatan kami selama 4 hari 3 malam iaitu dari 1 Julai hingga 4 Julai 2010.


Semua tersenyum riang on the way ke Kota Kinabalu.



Ni lak posing-posing ladies time bus berhenti rehat untuk makan di Telupid.

Kami bertolak dari SMTLD pada jam 11.00 pagi dan sampai ke Kota Kinabalu pada jam 9.00 malam. Tempat penginapan kami ialah di SM Teknik Likas, Kota Kinabalu.


Semua muka baru bangun di Teknik Likas.

2/Julai/2010

JUMAAT

Hari pertama kami memulakan lawatan.

*TAMAN PERTANIAN SABAH, TENOM.

Setibanya kami di sana, setelah mendaftar masuk kami di bawa oleh staf yang bertugas menaiki kereta yang telah di khaskan untuk membawa kami ke tempat yang menarik dengan bayaran sebanyak RM7.00.


Hrm...mercu tanda baru ka ni???

Apa yang menarik di taman Pertanian Sabah ini, ada train yang telah tersedia untuk membaea pelancong meronda-ronda sekitar kawasan ini. Kawasannya yang cukup besar adalah mustahil untuk dihabiskan dalam temph yang singkat..alternatifnya, naik train ataupun bayar basikal pada hanya RM2 bagi setiap jam! Murah bukan?


Get ready tuk ronda-ronda di sekitar Taman ini!

Kami dibawa melihat pemandangan di sekitar kawasan taman tersebut.

Hai, gadis litar keretapi...ahaha

Ataupun, berbasikal lebih menyenangkan perjalanan ada..apapun, sangat kurang berpuas hati kerana masa yang kami ada hanyalah sejam sahaja..apa boleh buat, lain kali kita rancang masa dengan lebih baik mungkin.


Best jugak sekali sekala lama udah tak berbasikal nih!!


Pusat Anggerik Kacukan

Salah satu tempat yang ada di dalam Taman Pertanian Sabah ini ialah Pusat Anggerik Kacukan. Apa itu anggerik? Anggerik tu ialah nama Melayu bagi Orkid...hehe.


Ni model taman yang macho lagi ensom...Cikgu K.


Tak lepaskan peluang di pintu gerbang anggerik ini...

Kami dapat mengenali pelbagai jenis orkid simpodial dan monopodial.Orkid-orkid tersebut disimpan dan disusun mengikut jenis dan kumpulannya. Ia menambahkan lagi pengetahuan kami mengenai Orkid yang telah kami di bab 8 bagi subjek HHL.


Hai, Mimi ni bergambar dengan Orkid jenis Monopodial...apa tu? Ha..tanya budak2 HHL marii..

Sepanjang perjalanan kami di sana kami telah melihat pelbagai kreativiti landskap yang ditonjolkan. Ia sedikit sebanyak membantu kami dalam melaksanakan kerja kursus pada tahun ini iaitu Membina Pelan landskap dan Landskap

Ada suatu taman yang menarik juga...



Ada Dinosor yang baik hati...huhuhuhu...


* KILANG KOPI FATT CHOY, TENOM.

Sesampainya rombongan kami ke Syarikat Kilang Kopi Fatt Choy, kami telah dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat dan seterusnya kami telah dibawa menaiki kereta syarikat ke Kilang Kopi Fatt Choy.


Pelajar dalam sidang taklimat...satu perkataan yang masih diingat ialah ..BUKTIKAN!!!!! Hahaha...

Di sana, kami telah dibawa masuk ke dalam kilang kopi di situ. Kami juga diberikan penerangan tentang cara-cara pemprosesan dan pembungkusan kopi. Jenis kopi terbahagi kepada 2 iaitu Arabica dan Lybrica. Ia telah menambahkan pengetahuan kami dalam tanaman minuman yang dipelajari pada subjek Pengeluaran Tanaman. Namun apa yang mengecewakan kami ialah kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam kilang pembuatan kopi.


Rebeca..macam jenis kopi jugak la tuh..hahahaha.



Kopi 'free' ini diberrikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soal jawab dengan tauke Fatt Choy kopi tenom! Huhu

Sedikit info yang kami dapati sangat menarik mengenai kopi ialah 'semakin banyak gula dalam serbuk kopi, semakin hitamlah warnanya'. Setelah itu, kami di bawa melihat ke ladang kopi dan diperkenalkan dengan jenis-jenis pokok kopi. Kami juga diberitahu tentang cara pemungutan biji kopi. Sebelum kami berangkat pulang kami telah di berikan cenderahati daripada pihak kilang kopi di situ.


Inilah cenderahati yang diberikan kepada pelajar...tapi, dikenakan bayaran RM10 seorang..apakah itu cenderahati juga namanya?

Penginapan di malam itu adalah di hostel Teknik Keningau..apapun, terima kasih kepada layanan yang begitu baik diberikan oleh ketua warden dan warden-warden bertugas!


Di hadapan pintu masuk SM Teknik Keningau

Masih ada lagi yang nak posing...


3/Julai/2010

SABTU

Hari ketiga kami lawatan

*MUZIUM SABAH, KOTA KINABALU.

Sebelum masuk ke dalam muzium, pelbagai jenis kereta antik dipamerkan dihadapan muzium.

Welcome to Muzium Sabah to All Of You...

Semasa kami masuk ke dalam muzium, kami telah melihat rangka jenis ikan paus yang ke empat yang terbesar di dunia.

Kami juga sangat terpegundengan artifak yang telah dipamerkan di muzium ini dan kami sangat bangga keran ia berasal daripada sejarah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ia banyak berkaitan dengan warisan dan kebudayaan. Kami juga mengunjungi Kampung Warisan yang terletak dibahagian bawah kawasan muzium yang menempatkan rumah-rumah etnik di Sabah contohnya rumah suku kaum Idahan, Suluk, Bajau dan pelbagai lagi.



Ni rumah Cina mungkin??

Ada lagi yang menarik di luar...


Menatang apa nih ya?

Selain itu, banyak lagi jenis-jenis rumah mengikut kaum di Sabah yang dibina di luar perkarangan Muzium Sabah ini. Yang menarik juga di sini, kami leh menari-nari di dalam rumah Murut. Hahaha..Ustazah pun bersemangat tau! Untuk mengenali dengan lebih lanjut lagi...jangan lupa bertandang ke sini!


Hai, ni menari Sumazau ka apa..pusing-pusing sambil goyang-goyang..lompat-lompat lagi. Hahaha.


Tersenyum Ustazah kita yang sporting nih...


Pinjam gambar tuk dalam blog ni yer..


Banyak faedah yang kami dapat daripada lawatan ini. Antaranya ialah dapat mengetahui lebih mendalam mengenai sejarah kemerdekaan Tanah Melayu yang kami pelajari daripada buku teks tingkatan 5 Sejarah selain budaya perkembangan suku-suku kaum yang terdapat di Sabah ini.


 Kami berada di luar rumah panjang Murut.


*LOK KAWI WILD LIFE PARK, KOTA KINABALU




Sebelum kami memulakan lawatan, kami diberikan taklimat oleh pegawai yang bertugas. Beliau menerangkan mengenai sejarah penubuhan Lok Kawi Wildlife Park selain apa yang terdapat di sini.


Taklimat diberikan kepada pelajar..tengok pelajar paling kanan tue..khusyuknya!!

Di sini, kami berpeluang menaiki gajah yang dikenakan bayaran RM5 seorang. Di sini juga, kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar seperti burung merak, beruang madu, harimau bintang, buaya, keldai, ular, memerang, monyet belanda, kancil dan banyak lagi. Kami juga, pergi ke Taman Botani yang terdapat pelbagai jenis tumbuhan liar seperti periuk kera yang mana, ia sangat jarang dilihat dan kelihatan sangat menarik.



Ni my 1st time naik gajah...

Salah satu tempat yang menarik juga di sini ialah terdapatnya Taman Botani, yang menempatkan pelbagai pokok-pokok herba dan ubat-ubatan selain kawasan pelandskapan yang cantik ditonjolkan di sini. Ini amat bersesuaian juga dengan apa yang kami pelajari dalam subjek Hortikultur Hiasan dan Landskap. Reka bentuk pelandskapan yang ditonjolkan di sini juga dapat menjadi panduan kepada kami untuk menjalankan kerja kursus tahun 2010 ini iaitu menghasilkan pelan landskap.

Apapun, keseluruhannya, hasil daripada lawatan ini kami mendapat banyak faedah yang kami dapat antaranya ialah kami dapat mengenali lebih banyak spesis hidupan liar yang terdapat di Malaysia dan dapat meningkatkan kesedaran kami untuk menjaga alam supaya ia tidak pupus.

 

4/Julai/2010

AHAD

Hari terakhir lawatan kami, kami bertolak daripada Kota Kinabalu ke SMTLD pada pukul 8.00 pagi dan selamat sampai pada 9.30 pagi.


Photobucket

Posted at 10:19 am by 5rus
Comments (3)  

Thursday, July 01, 2010
WAJAH BARU

lama tidak menaip di ruangan ini, sebenarnya sibuk dengan urusan kerja yang bertimbbun di sekolah tu. Ke arah sekolah kluster kan? Takpalah, itulah pendedahan dan kita gunakan peluang kerja tuk pengalaman.

TUNGGU PERUBAHAN YANG AKAN BERLAKU KEPADA BLOG INI...

TRANSFORMASI KE 3!!! Big Smile

Posted at 02:46 pm by 5rus
Make a comment  

Tuesday, May 25, 2010
Di Kuala Lumpur

5rus sekarang ni berada di Kuala Lumpur untuk mengikuti satu mesyuarat anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia. 5rus berada di sini bersama-sama dengan rakan dari 4 buah lagi sekolah pertanian di Malaysia.

Ada kerja yang akan kami kerjakan di sini. Ini terutamanya pelaksanaan MPAV di sekolah teknik dalam aliran pertanian.



Posted at 02:41 pm by 5rus
Make a comment  

Wednesday, May 19, 2010
Menjelang Sambutan Hari Guru 2010

Seperti kebiasaan, hari guru disambut di peringkat sekolah untuk memeriahkan lagi hari Guru pada 16 Mei. Tahun ini, hari guru peringkat sekolah disambut pada 25 Mei 2010 iaitu selepas cuti pertengahan tahun ini nanti.

Untuk sambutan hari guru tahun ini, barisan pengawas sekolah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan acara tahunan sekolah ini. Berbeza dengan tahun 2008, sambutan ini dikenadalikan oleh Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Namun, melalui kepimpinan baru iaitu En. Che Aziz bin Othman ini, pengetua menginginkan kelainan di mana pelajar diminta untuk meraikan guru-guru mereka.

Aku tak tahu apa yang akan dijalankan oleh mereka semua ni, tapi yang aku tahu sekarang pengiraan undian rancak berjalan untuk menentukan siapakah yang akan menggondol 8 anugerah yang dipertandingkan.

Tak perlu lagi nak bercerita tentang apa anugerah yang akan dipertandingkan, kita lihat sahaja kepada anugerah paling tinggi iaitu anugerah guru paling populer. Menurut sumber terdekat, antara calon yang tersenarai dalam top 3 ialah;
  • Fairus Mofire
  • Amirullah Laupe
  • Lumang Lang
Siapa bakal terpilih hasil undian pelajar-pelajar Sek. Men. Teknik Lahad Datu? Nantikan hebahan sambutan hari guru peringkat SMTLD tahun 2010 di 5rus mofire blog ini.



Fairus Mofire


Vs.



Cikgu Amirullah dan Cikgu Lumang


dan pemenangnya...nantikan 25 Jun 2010.
Smile

Posted at 08:19 pm by 5rus
Comments (2)  

Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru 2010

Selamat hari guru diucapkan kepada semua insan yang bergelar guru, dari guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, guru al-qur'an, dan rmai lagi guru-guru yang sentiasa tidak jemu untuk memberikan sesuatu ilmu yang baru dalam kehidupan ini. Tanpa guru, mungkin hidup ini tidak sesempurna seperti mana hari ini. Guru yang paling utama dalam hidup kita ini ialah ibu bapa. Mereka merupakan guru yang terbaik dalam mengajar kita erti kehidupan. Oh, miss both of them!

Aku kini sedah lebih daripada 3 tahun bergelar insan yang dinamakan guru. banyak lagi pengalaman baru yang perlu aku belajar lagi. Dalam tempon ini juga pelbagai cabaran dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru ini. Apappun, lupakan sesuatu yang tidak baik...yang penting aku sangat happy bergelar seorang guru.

Tanggal 16 Mei 2010 juga merupakan tarikh yang begitu istimewa kerana pada tanggal ini kerana pengarah Bahagian Teknikal dan Vokasional, KPM iaitu Tuan Hj. Tajudin bin Jab telah membuat kunjungan ke Sek. Men. Teknik Tawau, Sabah untuk meninjau dan beramah mesra dengan warga guru Sek Men Teknik Tawau dan SM Teknik Lahad Datu.




Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dihadiri oleh semua warga pendidik di SM teknik Tawau dan hampir 40 orang rombongan dari SM teknik Lahad Datu yang diwakili oleh barisan pentadbiran sekolah, Ketua kursus dan ketua panitia.

Majlis bersama Tuan Pengarah BPTV ini adalah untuk sesi penerangan tentang hala tuju pendidikan teknik dan vokasional pada masa kini selain sesi dialog bersama-sama dengan barisan guru dari kedua-dua buah sekolah di pantai timur Sabah ini.

Antara intipati yang dibicarakan oleh Tuan Pengarah antara lain memberikan prospek masa hadapan pendidikan teknik dan vokasional di bawah seliaan BPTV. Tuan pengarah juga menekankan kepentingan pendidikan teknik dan vokasional yang semakin mendapat perhatian di kalangan pelajar dan ibu bapa kini. Selain itu, pendidikan kemahiran yang diperkenalkan di sekolah teknik akan diperluaskan dan dipertingkatkan.

Penjenamaan semula Sekolah Men. Teknik dan Vokasional juga ditekankan di mana sekolah men. teknik akan dijenamakan dengan Kolej Pendidikan Teknikal dan vokasional akan dijenamakan dengan Kolej Pendidikan Profesional dan sekolah harian yang menjalankan pendidikan vokasional akan dijenamakan sebagai vokasional wings.

banyak lagi initipati yang disampaikan oleh tuan pengarah dalam tempoh hampir sejam setengah bersama di Dewan Tun Mustapha, Teknik Tawau ini.

Majlis selesai hampir jam 12 tengah hari. Selepas menjamu selera, inilah acara yang dinanti-nantikan iaitu sesi bergambar. Haha, bergambar sakan dorang semua ni terutamanya Al-Faisal. Hehehe...


Semasa bergambar di anjung Teknik Tawau.

Wahh...pencarian remaja cun ka ni???


Gaya ala-ala model semua ni...ahakz


bersama Tuan K yang menjadi kegilaan ramai

ERM...NANTILA GAMBAR SUASANA DI DEWAN AKAN DIUPLOADKAN KEMUDIAN NANTI. :)


Posted at 10:13 pm by 5rus
Make a comment  

Previous Page Next Page
   

<< March 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


Photobucket

Jata Kelantan

KAWE ANOK KELATE.




Waktu Malaysia



SM Teknik Lahad Datu

5rus merupakan guru di SMTLD.

Lunsuri laman web sekolah kami.


smtld online


Photobucket


LAMAN WEB SMTLD MERUPAKAN PEMENANG

REKABENTUK LAMAN WEB SEKOLAH TERBAIK DI SABAH





5HL2 Blog

Logo Kecil



Waktu Solat




My Profile


5rus mofire
Nama: 5ruS moFIRE
Umur: 27 Tahun
Tarikh Lahir: 12 Disember
Tempat Lahir: Kota Bharu
Zodiak: Sagittarius
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Keturunan: Melayu
Asal: Kota Bharu
Pekerjaan: Guru
Hobi: Muzik, Online
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Beta Hulu
Sekolah Menengah Ugama (A) Ma'ahad Muhammadi (L)
Kolej MARA Kulim
Universiti Putra Malaysia










Entri Terdahulu




5ruS On Social Network Services


Mohd Fairus's Facebook profile