5ruS moFIRE BLOG



Assalamualaikum



Friday, April 17, 2015
welcome back!

KEMBALI MENULIS!

Posted at 06:29 am by 5rus
Make a comment  

Sunday, December 19, 2010
Bersafi Perfect 10 di Mydin Mall Kubang Kerian.

Hehe...menarik juga ni. Aku ke Mydin Mall Kubang Kerian untuk menemani my families tuk beli belah..masalahnya, dorang semua yang membeli, aku yang belah. Tak tahan aku sebab ramai orang lau di Mydin Mall nih.


Inilah Mydin terbesar di Kota Bharu dan Pantai Timur

Nak dijadikan cerita, masuk-masuk aku tengok ada pekerja-pekerja Mydin tu dok pegang bunga manggar, ada pula yang pegang-pegang kompang..siapa yang nak kahwin dalam Mydin ni? Aku masuk dalam lagi, baru aku perasan, ada tempat promosi untuk produk baru dalam rangkaian Safi iaitu "Safi Perfect 10"! Oh, dorang buat ala2 booth dan ramai crew-crew dorang yang hangat mempromosikan rangkaian terbaru perfect 10 nih.



Shila Hamzah sopan di Kota Bharu

Aku pun tak tahu yang adanya produk nih, rupanya yang geng pekerja Mydin dok pegang bunga manggar dan kompang tu nak sambut artis yang...erm, leh kira dikenali juga lah iaitu Shila Hamzah..anak ND Lala tu. Shila datang ke Mydin Mall Kubang Kerian ini dalam rangka promosi produk terbaru ini di Kelantan.

Hehe, program ini diacarakan oleh DJ Naim dari Suria FM..banyak hadiah yang akan diberikan kepada pengunjung di Mydin Mall yang ada. Erm, tengok-tengok rancak juga dorang ya menjawab soalan pastu dapat produk Safi. Aku ni dengan muka temboknya join gak la. Aku join time Naim ni panggil 4 orang untuk naik ke pentas..aku ingatkan apalah soalan yang akan ditanya, rupa-rupanya, aku disuruh bermain permainan dengan 3 orang pengunjung yang sudah naik ke atas pentas tu.


DJ Naim dari Suria FM, "Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru"

Aku ni sebenarnya lau permainan ni aku tak suka. Bikin malu muka aku ja. Tapi, apakan daya, udah naik pentas, terpaksa menebalkan muka lah. Haha. Naik jugakla aku ke atas pentas...


Hahaha, bikin malu jek! :P

Aduh, malunya!! Udahla aku yang first kena kuar..tapi takpalah, dapat jugak Cencerahati daripada Safi. Banyak jugak dapat tau...walauponn....


Photobucket


Posted at 05:38 pm by 5rus
Make a comment  

Sunday, December 12, 2010
Selamat Hari Lahir Untukku

Salam. Hari ni hari bertuah untukku kerana 12.12 adalah hari ulangtahun ku setiap tahun. Kata orang Sabah, "Masak ndak diingat...senangnya tuh tarikh". Big Smile

Suka sangat tengok iklan ni sebab dia nyanyikan kita lagu besday....Happy Ice Cream Cake to me..syok sendiri ajala.


Rupanya, commercial ni dari Malaysia. Hebat juga iklan dan lagunya.

Nasibla, Baskin Robbins ni tak ada kat Kota Bharu, lau tidak..aku nak jugak menyerbu tengok camner rasanya Ais krim kek dia nih.

Walaubagaimanapun, Syukur sangat sebab beratus-ratus rakan di fb yang wish my brthday!! Biar hanya wish sahaja pun cukup bermakna ada yang ingat kat 5rus nih. Lau dapat hadiah, lagila bermakna kan?? hehe..




Posted at 05:50 pm by 5rus
Make a comment  

Monday, November 29, 2010
Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Salam semua. hai, udah bercuti..terus teringat untuk tahun hadapan pula. Al-maklumlah..macam 5rus ni mengajar di Sabah..apa yang penting ialah kalendar persekolahan kerana kami akan merancang untuk pembelian tiket. Lau tida kalendar ni, amat susah untuk kami bajet pembelian tiket kapal terbang. Begitu juga dengan penggunaan kad kredit..bukan lambang kemewahan, tetapi keperluan. Eh, jauh pulak dah merapu...sorry.

Apapun, ini ialah kalendar persekolahan rasmi bagi tahun 2011. yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini amat berguna buat panduan guru dan pelajar-pelajar.

5rus siarkan untuk kumpulan B sahaja ya..untuk Kumpulan A, (Sekolah-sekolah di negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah) cuma awal sehari dari tarikh Kumpulan B. Contohnya, Sekolah Kumpulan A akan bermula pada 3 Januari 2011, berbeza dengan sekolah-sekolah dalam kumpulan A, di mana semuanya akan memulakan persekolahan pada 2 Januari 2011.

Kumpulan B

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

03.01.2011

31.01.2011

21

Hari Persekolahan

01.02.2011

28.02.2011

20

Hari Persekolahan

01.03.2011

11.03.2011

9

Cuti Pertengahan Penggal

12.03.2011

20.03.2011

9

Hari Persekolahan

21.03.2011

31.03.2011

9

Hari Persekolahan

01.04.2011

30.04.2011

20

Hari Persekolahan

01.05.2011

27.05.2011

21

Cuti Pertengahan Tahun

28.05.2011

12.06.2011

16





II

Hari Persekolahan

13.06.2011

30.06.2011

15

Hari Persekolahan

01.07.2011

31.07.2011

21

Hari Persekolahan

01.08.2011

26.08.2011

19

Cuti Pertengahan Penggal ke II

27.08.2011

04.09.2011

9

Hari Persekolahan

05.09.2011

30.09.2011

20

Hari Persekolahan

01.10.2011

31.10.2011

22

Hari Persekolahan

01.11.2011

18.11.2011

14





Cuti Akhir Tahun

19.11.2011

01.01.2012

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal

78



Ok..semoga perancangan tahun depan berjalan dengan lancar. Manalah tahu, bukan setakat ada yang nak booking tiket, malah mungkin ada yang nak bertunang, kawen mahupun merancang percutian. Ke mana tu? Hehe..


Photobucket

Posted at 10:40 am by 5rus
Make a comment  

Thursday, November 25, 2010
Takde kerja time cuti sekolah

Salam semua. Cuti udah berlalu hampir sebulan. CCepatnya masa berlalu, seolah-olah baru ja semalam cuti bermula. Ceh...ceh..ceh..padahal, udah banyak perkara yang udah dilakukan sepanjang cuti ni.

Macam biasa, lau bulan-bulan 12 ni..biasanya musim tengkujuh melanda..namun apa yang syukurnya tahun ni ialah tiada berlakunya banjir-banjir besar di negeri Kelantan. Fuh...cuma hujan tu perkara biasalah. Hujan rahmat katakan...hehe.

Berbalik kepada tajuk entry kali ni,aku nak kongsikan sedikit hasil dapatan keluar ke bandar aku pada waktu petang iaitu berkaitan dengan papan tanda ataupun iklan billboard di Kota Bharu. Ada entry sebelum ni telah diperkatakan berkaitan dengan entry billboard di Kelantan ni. Tak caya, cuba korang cek di alamat nih..

http://5rus.blogdrive.com/archive/80.html

Di mana, adalah suatu keunikan tentang billboard di negeri ini yang menggunakan tulisan jawi dan model bertudung. Semestinya itu antara penerapan Islam dalam pemerintahan di Kelantan ini.

Iklan yang telah dipaparkan pada September tahun lau kebanyakkanya telah berubah. Aku malas nak ambik semua, tapi inilah antara dapatan baru di bandar Kota Bharu sekarang.

Ini iklan Suria FM terbaru...tengok Linda Onn. XD


Suria FM merupakan stesen radio Melayu keempat popular ketika ini.


Maxis Broadband..dengan 3.5G di Kota Bharu.


pesaing terdekat bagi Celcom..5rus prefer Maxis lg.


Radio no. 1 di Malaysia..


Haha..i follow. Tak nak kalah Raja Azura, teraju Sinar Pagi.


Haha..banyak lagi, tunggu 5rus upload lagi OK. Njoy..selamat bercuti!!
Big Smile

Photobucket

Posted at 11:44 pm by 5rus
Make a comment  

Wednesday, November 17, 2010
Selamat Hari Raya Korban 2011

Di kesempatan ini, 5rus ini mengucapkan selamat menyambut hari raya haji untuk tahun 1431H. Semoga segala pengorbanan kita kali ini mendapat keberkatan daripada Illahi...selamat berhari raya, dan kepada semua pelajar..SELAMAT BERCUTI! Hehe..



Jangan lupa, makan daging tu jangan tak ingat dunia. Nanti ada lak terkejar-kejar ke hospital kepitaman makan daging terlampau banyak! Hahahaha...

Photobucket

Posted at 04:32 pm by 5rus
Make a comment  

Sunday, November 14, 2010
Cuti sekolah sudah bermula!!!

Iya, begitulah gayanya..cuti sekolah bagi tahun 2011 sudah pun bermula!! Cuti sekolah kami di Sabah sana bermula 16 November sehinggalah 31 Disember. Berapa lama tu ya..sangat tidak sabar untuk balik ke Kota Bharu tercinta!!!

Namun begitu, dalam keghairahan untuk balik ke kg. halaman, sebenarnya ada juga rasa sedih untuk berpisah dengan pelajar-pelajat terutamanya pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada 23 November 2010 nanti. Selepas itu, mereka secara rasminya tamatlah gelaran sebagai pelajar di SMTLD. Sedihnya...


Aduh, sebaknya...selama perkenalan selama dua tahun, akhirnya mereka pergi jua.



Ini antara pelajar yang sangat rapat dengan aku...maklumlah, 2 tahun mengajar dorang.

Sebelum cuti berlangsung secara rasminya, ada majlis restu ilmu diadakan di sekolah. Ini untuk memberikan semangat terakhir kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 untuk menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya nanti. Semoga semuanya berjaya! yang penting ialah usaha diiringi dengan doa..Insya Allah, kejayaan menjadi milik kalian semua. Aminnn...


Beginilah suasana di dalam dewan. pelajar sedang mendengar ceramah motibasi..


Posted at 01:29 am by 5rus
Make a comment  

Next Page
   

<< April 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


Photobucket

Jata Kelantan

KAWE ANOK KELATE.




Waktu Malaysia



SM Teknik Lahad Datu

5rus merupakan guru di SMTLD.

Lunsuri laman web sekolah kami.


smtld online


Photobucket


LAMAN WEB SMTLD MERUPAKAN PEMENANG

REKABENTUK LAMAN WEB SEKOLAH TERBAIK DI SABAH





5HL2 Blog

Logo Kecil



Waktu Solat




My Profile


5rus mofire
Nama: 5ruS moFIRE
Umur: 27 Tahun
Tarikh Lahir: 12 Disember
Tempat Lahir: Kota Bharu
Zodiak: Sagittarius
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Keturunan: Melayu
Asal: Kota Bharu
Pekerjaan: Guru
Hobi: Muzik, Online
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Beta Hulu
Sekolah Menengah Ugama (A) Ma'ahad Muhammadi (L)
Kolej MARA Kulim
Universiti Putra Malaysia










Entri Terdahulu




5ruS On Social Network Services


Mohd Fairus's Facebook profile