Entry: Cuti sekolah sudah bermula!!! Sunday, November 14, 2010



Iya, begitulah gayanya..cuti sekolah bagi tahun 2011 sudah pun bermula!! Cuti sekolah kami di Sabah sana bermula 16 November sehinggalah 31 Disember. Berapa lama tu ya..sangat tidak sabar untuk balik ke Kota Bharu tercinta!!!

Namun begitu, dalam keghairahan untuk balik ke kg. halaman, sebenarnya ada juga rasa sedih untuk berpisah dengan pelajar-pelajat terutamanya pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada 23 November 2010 nanti. Selepas itu, mereka secara rasminya tamatlah gelaran sebagai pelajar di SMTLD. Sedihnya...


Aduh, sebaknya...selama perkenalan selama dua tahun, akhirnya mereka pergi jua.



Ini antara pelajar yang sangat rapat dengan aku...maklumlah, 2 tahun mengajar dorang.

Sebelum cuti berlangsung secara rasminya, ada majlis restu ilmu diadakan di sekolah. Ini untuk memberikan semangat terakhir kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 untuk menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya nanti. Semoga semuanya berjaya! yang penting ialah usaha diiringi dengan doa..Insya Allah, kejayaan menjadi milik kalian semua. Aminnn...


Beginilah suasana di dalam dewan. pelajar sedang mendengar ceramah motibasi..

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments