Entry: Bersafi Perfect 10 di Mydin Mall Kubang Kerian. Sunday, December 19, 2010



Hehe...menarik juga ni. Aku ke Mydin Mall Kubang Kerian untuk menemani my families tuk beli belah..masalahnya, dorang semua yang membeli, aku yang belah. Tak tahan aku sebab ramai orang lau di Mydin Mall nih.


Inilah Mydin terbesar di Kota Bharu dan Pantai Timur

Nak dijadikan cerita, masuk-masuk aku tengok ada pekerja-pekerja Mydin tu dok pegang bunga manggar, ada pula yang pegang-pegang kompang..siapa yang nak kahwin dalam Mydin ni? Aku masuk dalam lagi, baru aku perasan, ada tempat promosi untuk produk baru dalam rangkaian Safi iaitu "Safi Perfect 10"! Oh, dorang buat ala2 booth dan ramai crew-crew dorang yang hangat mempromosikan rangkaian terbaru perfect 10 nih.



Shila Hamzah sopan di Kota Bharu

Aku pun tak tahu yang adanya produk nih, rupanya yang geng pekerja Mydin dok pegang bunga manggar dan kompang tu nak sambut artis yang...erm, leh kira dikenali juga lah iaitu Shila Hamzah..anak ND Lala tu. Shila datang ke Mydin Mall Kubang Kerian ini dalam rangka promosi produk terbaru ini di Kelantan.

Hehe, program ini diacarakan oleh DJ Naim dari Suria FM..banyak hadiah yang akan diberikan kepada pengunjung di Mydin Mall yang ada. Erm, tengok-tengok rancak juga dorang ya menjawab soalan pastu dapat produk Safi. Aku ni dengan muka temboknya join gak la. Aku join time Naim ni panggil 4 orang untuk naik ke pentas..aku ingatkan apalah soalan yang akan ditanya, rupa-rupanya, aku disuruh bermain permainan dengan 3 orang pengunjung yang sudah naik ke atas pentas tu.


DJ Naim dari Suria FM, "Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru"

Aku ni sebenarnya lau permainan ni aku tak suka. Bikin malu muka aku ja. Tapi, apakan daya, udah naik pentas, terpaksa menebalkan muka lah. Haha. Naik jugakla aku ke atas pentas...


Hahaha, bikin malu jek! :P

Aduh, malunya!! Udahla aku yang first kena kuar..tapi takpalah, dapat jugak Cencerahati daripada Safi. Banyak jugak dapat tau...walauponn....


Photobucket

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments